Pencemaran udara: Tun M mahu tindakan tegas - Utusan Malaysia

Pencemaran udara: Tun M mahu tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam isu pencemaran udara di Pasir Gudang seterusnya mengambil tindakan tegas kepada mereka sekiranya didapati bersalah.

Penegasan itu dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menzahirkan perasaan kecewa dengan kejadian tersebut.

Menurut Dr. Mahathir, kejadian pencemaran udara itu tidak sepatutnya berlaku buat kali kedua di Pasir Gudang selepas insiden sama pertama kali berlaku pada Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita nampak ada pihak industri yang tidak prihatin terhadap keselamatan orang awam dan alam sekitar.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku. Sebab itu kita perlu kenal pasti siapa yang mencemarkan iklim di situ,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) Ke-33 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Khamis lalu, 15 murid dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 di Pasir Gudang dan dua orang dewasa muntah-muntah dan mengalami sakit tekak akibat pencemaran udara.

Keadaan bertambah buruk apabila sebanyak 475 buah sekolah, institut pengajian tinggi dan tadika daerah tersebut terjejas dan diarahkan tutup akibat pencemaran udara yang merebak ke sekolah-sekolah berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini