JOHOR BAHRU – Tiada mangsa baharu kes pencemaran udara di Pasir Gudang dilaporkan setakat ini pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menerima laporan terdapat mangsa mengalami simptom-simpton pencemaran udara seperti beberapa hari sebelum ini.
Jelas beliau, ketika ini proses mengeluarkan barang-barang yang disyaki mengakibatkan pencemaran sedang dilaksanakan di kawasan yang berkenaan.
“Hari ini proses untuk mengeluarkan barang yang disyaki untuk dihantar ke Kualiti Alam,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persdada) di sini sebentar tadi.
Khamis lalu, penduduk Pasir Gudang kembali digemparkan dengan insiden pencemaran udara sehingga memaksa kerajaan negeri menutup 475 institusi pendidikan di daerah ini bermula malam tadi. -UTUSAN ONLINE











