Pencemaran udara: Kerajaan tidak halang ibu bapa untuk ambil tindakan - Utusan Malaysia

Pencemaran udara: Kerajaan tidak halang ibu bapa untuk ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kementerian Pendidikan tidak akan mencampuri urusan jika ibu bapa kepada pelajar yang terjejas akibat pencemaran udara di Pasir Gudang ingin mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab dengan insiden berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kementerian itu hanya bertanggungjawab di kawasan sekolah termasuk berkaitan pendidikan dan keselamatan pelajar.

“Di luar kawasan sekolah, ibu bapa ada hak lakukan apa saja (termasuk ambil tindakan undang-undang),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.

Berhubung kejadian pencemaran udara itu, Maszlee berkata, kementeriannya sentiasa mengikuti perkembangannya secara dekat menerusi Jabatan Pendidikan Johor.

“Pengumuman rasmi dibuat dari semasa ke semasa melalui Jabatan Pendidikan Johor.

Ini bukan kali pertama, ini kali kedua selepas isu pencemaran di Sungai Kim Kim.

“Jadi, kita telah ada prosedur operasi standard (SOP) dan pengalaman. Saya percaya Jabatan Pendidikan johor akan mengambil langkah sepatutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini