PASIR GUDANG – Kerajaan negeri mengarahkan polis membuat sekatan jalan raya di laluan keluar Pasir Gudang bagi memastikan tidak berlaku cubaan membawa keluar sisa toksik secara runcit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga.
“Dua sekatan jalan raya telah dibuat sejak 21 Jun lalu dan beroperasi selama 24 jam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk pastikan tiada cubaan membawa keluar sisa toksik secara runcit oleh mana-mana pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE











