JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dengan pelbagi agensi kerajaan serta pihak berkaitan berhubung pembangunan di Pasir Gudang yang dikatakan tidak lestari dan telah memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, beliau mengambil maklum berhubung kenyataan Bee Yin semalam dan akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu. “Saya akan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan termasuk memanggil agensi berkenaan seperti Majlis Perbandaran…










