KOTA KINABALU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tebobon ditangguhkan pada pukul 4 petang hari ini.
Dalam kenyataan di sini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah dalam satu kenyataan berkata, operasi SAR mangsa, Mohd Putra Daniel Samsul, 3, akan disambung esok.
“Operasi ditangguhkan berikutan keadaan hujan lebat pada petang ini. Pencarian hari ini dijalankan di sekitar sungai tempat mangsa dipercayai hilang,” katanya.
Semalam Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Lintas, di sini menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.12 malam dan memulakan SAR sebelum ditangguhkan pada jam 11.23 malam.
Operasi disambung pada pukul 6.20 pagi tadi di sekitar kawasan sungai sejauh tiga kilometer bersama anggota keluarga mangsa sebelum ditangguhkan.-BERNAMA











