Penagih dadah kini dilihat sebagai pesakit yang perlu dirawat - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Penagih dadah kini dilihat sebagai pesakit yang perlu dirawat – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penagih dadah di negara kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Takrifan itu dicapai susulan perbincangan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan di KDN di sini hari ini yang bersetuju untuk melaksanakan ‘decriminalization’ ke atas penagih dadah. 

Bercakap kepada pemberita selepas perbincangan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan ‘decriminalization’ itu akan melibatkan program rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan ahli keluarga dan masyarakat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam program ‘harm reduction’ melalui terapi dadah gantian methadone dan joint management kes-kes dual diagnosis yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Tampoi dan Hospital Permai di Johor,” katanya. 

Menurut Muhyiddin, terdapat 70,000 tahanan penjara di Malaysia pada masa ini dengan sebahagian besar daripadanya adalah penagih dadah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini