JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Pasir Gudang mengambil ketetapan menyokong cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan usia minimum pengundi berdaftar kepada 18 tahun. Ketetapan itu dibuat menerusi satu usul yang diluluskan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang yang dirasmikan Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin di sini malam tadi. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, usul yang diluluskan adalah penurunan had umur itu mestilah dilaksanakan secara bersekali dengan pendaftaran…










