Pemuda Pas sedia bekerjasama dengan pihak terima prinsip ‘Demi Islam’ - Utusan Malaysia

Pemuda Pas sedia bekerjasama dengan pihak terima prinsip ‘Demi Islam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas adalah parti politik paling dinamik dan berani di negara ini dalam memutuskan sesuatu berdasarkan prinsip.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pas pernah bersama UMNO dan pernah juga berseteru dengan parti berkenaan, pernah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP serta Pas juga pernah bersahabat dengan DAP.

Katanya, Pas pernah berkawan dengan PKR da tidak ragu-ragu memutuskan hubungan dengan PKR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam semua tindakan ini, ada ahli yang menerima dengan patuh dan taat, ada yang tidak bersetuju tetapi diam dalam reda dan ada yang membantah serta lari daripada perjuangan.

“Namun apabila prinsip menjadi dasar perjalanan parti, kesan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia milik Allah. Apa yang lebih penting setiap tindakan yang Pas lakukan sepanjang sejarah politiknya sama ada bertahaluf atau berta’awun disandarkan kepada prinsip utama yang digariskan didalam perlembagaan Pas iaitu demi mempertahankan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Muhammad Khalil, sehubungan itu, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas kali ini mengangkat ‘Demi Islam’ sebagai tema dengan hasrat yang besar supaya para pemuda kembali semula kepada prinsip teras perjuangan Pas “Demi Islam” yang akan menjadi panduan dalam setiap tindakan.

“Ia juga akan menjadi prinsip utama kepada kesepakatan yang telah dan akan diwujudkan pada masa hadapan. Sesiapa sahaja yang memahami dan menerima prinsip ini, Dewan Pemuda Pas terbuka untuk mengadakan kerjasama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini