Pemuda Pas Perak sokong saranan Harussani - Utusan Malaysia

Pemuda Pas Perak sokong saranan Harussani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Jun – Dewan Pemuda Pas Perak menyokong penuh kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan bahawa adalah sangat tidak wajar untuk kerajaan membuka ruang kepada semua pihak tanpa mengira agama dalam memberikan pandangan mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam.

Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, tindakan Kementerian Pendidikan itu bukan sahaja tidak wajar, malahan mengundang kegusaran ramai pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak Kementerian Pendidikan seharusnya lebih cakna dan sensitif apabila menggubal sesuatu perkara berkaitan agama Islam.

“Agama ialah soal kepercayaan, justeru memanggil sebarangan orang, boleh mengheret salah faham serta menganggu-gugat hak beragama khususnya Islam yang dijamin oleh perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sewajarnya kajian penambahbaikan itu hendaklah dilaksana oleh mereka yang berkelayakan dalam kalangan orang Islam, malah turut melibatkan mata pelajaran lain.

Harussani dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, jika penglibatan orang bukan Islam dalam cadangan penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam dibenarkan, ia dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak pertentangan pendapat berhubung ajaran Islam sebenar.

Menurut Harussani, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memiliki kefahaman mengenai hukum serta peraturan agama Islam, malahan mereka akan cenderung memberikan pandangan berdasarkan akal dan kepentingan diri semata-mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini