PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan pemimpin berasaskan lantikan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berjaya mengembangkan parti tersebut. Sehubungan itu, beliau merangkap Pengerusi Bersatu berpendapat pemilihan parti perlu diadakan lebih awal memandangkan kepemimpinan masa kini adalah dilantik. “Sekarang ini berasaskan pemimpin yang dilantik kadang-kadang tidak berjaya untuk mengembangkan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya…










