KUALA LUMPUR – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengambil keputusan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-22 yang sepatutnya berlangsung hari ini serentak dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu. Sebaliknya pada mesyuarat selama satu jam setengah yang dipengerusikan sendiri presiden MPM sedia ada, SM Nasarudin SM Nasimuddin itu, majoriti ahli gabungan MPM telah bersetuju untuk memilih satu tarikh baharu yang akan ditetapkan Pesuruhjaya Sukan (PJS).…









