Pemergian Benitez satu kerugian buat Newcastle - Utusan Malaysia

Pemergian Benitez satu kerugian buat Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Rafael Benitez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya selama tiga tahun berakhir pada 30 Jun ini, selepas gagal memperoleh persetujuan membabitkan lanjutan kontrak, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Benitez, 59, begitu popular dalam kalangan penyokong Magpies dan berita tersebut mungkin mencetuskan lebih banyak protes terhadap pemilik kelab, Mike Ashley.

“Ia satu berita mengecewakan kami untuk mengumumkan pengurus Rafael Benítez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah bekerja amat keras untuk lanjutan kontrak Rafa tetapi ia tidak berjaya dan tidak mungkin akan memperoleh perjanjian dengan Rafa dan wakilnya,” menurut kenyataan kelab tersebut.

Benitez yang pernah mengurus Liverpool dan Real Madrid menyertai Newcastle pada Mac 2016 tetapi gagal menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Pengendali dari Sepanyol itu mengekalkan jawatannya dan kembali tiket beraksi di EPL pada musim berikutnya sebelum menamatkan saingan di liga elit itu pada kedudukan ke-10 pada 2018 dan ke-13 musim lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini