Pembukaan 24 jam, ICQS Bukit Kayu Hitam lancar, Sadao sesak - Utusan Malaysia

Pembukaan 24 jam, ICQS Bukit Kayu Hitam lancar, Sadao sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Laluan kenderaan perdagangan yang melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dekat sini, sejak pembukaan 24 jam yang bermula 18 Jun lalu, berjalan lancar.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, walau bagaimanapun berlaku sedikit kesesakan di kawasan Sadao, Thailand, ekoran dikatakan pihak berkuasa di negara jiran itu telah mengenakan caj lebih masa terhadap kenderaan yang melalui pintu sempadan di situ.

Berikutan itu kata beliau, difahamkan para pemandu kenderaan perdagangan telah bertindak menunggu di pintu sempadan negara jiran tersebut sebagai tanda protes sehingga pukul 6 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di kawasan Malaysa, tiada sebarang masalah (kesesakan), begitu juga kes-kes penyeludupan adalah terkawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bermula 18 Jun lalu, pintu sempadan Malaysia-Thailand bagi laluan kenderaan berat di ICQS Bukit Kayu Hitam dekat sini dibuka 24 jam.

Pembukaan pintu sempadan daripada 18 jam kepada 24 jam itu walau bagaimanapun tidak membabitkan laluan awam yang kekal seperti biasa iaitu antara pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah malam.

Laluan kenderaan berat tersebut melibatkan masing-masing dua lorong masuk dan lorong keluar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini