Pembuat gigi didakwa bunuh kekasih - Utusan Malaysia

Pembuat gigi didakwa bunuh kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pembuat gigi palsu berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Siong Kim, 35, sejurus kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian seorang wanita, Teo Kang Ling, 35.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siong Kim dituduh melakukan perbuatan itu di No. 17-01 Jalan Setia 3/5, Taman Setia Indah di sini pada pukul 8 pagi, 3 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Adilah Nur Yahya manakala tertuduh diwakili peguam bela, G. Ravi.

Mahkamah menetapkan 29 Ogos depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

 

Pada 11 Jun lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita ditemukan mati dengan tragis apabila mayatnya dibalut dengan kain kanvas plastik dalam kotak dan disimen dengan kapur siling sebelum dibuang di tepi persimpangan jalan Taman Setia Indah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini