ALOR GAJAH – Seorang Pembantu Tadbir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 15 pertuduhan menawarkan bekalan barangan serta perkhidmatan tidak wujud membabitkan nilai lebih RM150, 000 sejak dua tahun lalu. Tertuduh, Norazhar Mohamed, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zaridah Y. Abdul Jaapar. Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdaya Shaari Ibrahim, 52,…










