Pemandu maut, 3 penumpang parah - Utusan Malaysia

Pemandu maut, 3 penumpang parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN – Seorang pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut, manakala tiga penumpang cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Beluran-Telupid, kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda, polis mengesyaki pemandu berusia 50 tahun itu mabuk ketika memandu dan sampel darahnya telah diambil untuk tujuan ujian toksikologi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan dari arah Telupid menuju Sandakan itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu terbabas di sebelah kanan jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan maut di tempat kejadian manakala tiga penumpangnya cedera parah. Kemalangan tidak melibatkan lain-lain kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kasim berkata, pemandu dikenali sebagai M. Jayacelan yang beralamat di Jalan Sulaiman, Batu 8, Sandakan, dan menurutnya tiga penumpang cedera parah itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini