Pemandu lori terhidu gas nitrogen - Utusan Malaysia

Pemandu lori terhidu gas nitrogen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori berusia 31 tahun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas dipercayai terhidu gas nitrogen yang bocor daripada lori yang dipandunya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Mohd. Kamal Saari berkata, kejadian berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar dekat Gelang Patah dan pihak bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 6.10 petang.

“Sejurus tiba di lokasi pihak kami mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis Nitrogen (UN 1977) di bahagian pam lori.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan pemandu lori terbabit disyaki terhidu gas berkenaan berdasarkan keadaan mangsa yang muntah-muntah serta merah di bahagian mata dan muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke HSA oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Beliau berkata, Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) juga telah dikejarkan ke lokasi serta melakukan pemantauan risiko dan mendapati tiada bahan berbahaya yang bocor daripada lori tersebut.

“Selepas pemerikasaan dijalankan, kita memberikan pelepasan kepada pihak CIQ untuk meneruskan urusan seperti biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini