SEREMBAN – Kerajaan negeri menyeru semua pemaju yang ingin membangunkan projek perumahan atau komersil supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menceburi bidang hartanah semata-mata atas dasar mahu mengaut keuntungan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, ini kerana, jika sesuatu projek itu terbengkalai, ia menyebabkan penganiayaan kepada para pembeli. “Pembeli juga dinasihatkan supaya membuat kajian latar belakang pemaju, reputasi serta projek-projek yang…










