Pelancong remaja Belgium hilang di Sydney - Utusan Malaysia

Pelancong remaja Belgium hilang di Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Polis Australia melakukan pencarian di hutan belukar selepas seorang pelancong remaja warga Belgium dilaporkan hilang di bandar yang terkenal dengan luncur ombak, lebih seminggu lalu.

Polis New South Wales berkata, mangsa, Theo Hayez, 18, dilihat kali terakhir di sebuah hotel di Byron Bay pada 31 Mei lalu.

“Kami mengerakkan banyak aset dalam pencarian… di hutan belukar ke arah timur dan timur laut bandar berkenaan,” jelas Ketua Inspektor Matthew Kehoe dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehilangan mangsa dilaporkan selepas tidak pulang ke hostel tempat dia menginap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini