JOHOR BAHRU 27 Jun – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri mewujudkan pelan tindakan kontigensi pembelajaran murid yang terkesan akibat pencemaran bau yang melanda 111 buah sekolah di seluruh kawasan Pasir Gudang. Pengarahnya, Azman Adnan berkata, pelan itu bertujuan untuk memastikan pembelajaran murid dapat dijalankan secara berterusan. Katanya, antara inisiatif yang diambil termasuk guru-guru menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif melalui saluran media. “Pembelajaran alternatif ini melibatkan pelbagai saluran media termasuklah aplikasi…










