Pelan induk ECER2.0 sasar pelaburan swasta RM70 bilion - Utusan Malaysia

Pelan induk ECER2.0 sasar pelaburan swasta RM70 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2.0 (EMP2.0) bagi tempoh 2018 hingga 2025 yang dilancarkan hari ini bermatlamat membawa masuk pelaburan swasta baharu bernilai RM70 bilion dan mewujudkan 120,000 peluang pekerjaan.

Ia juga menyasarkan 60,000 peluang keusahawanan untuk rakyat sebagai antara matlamat utamanya, menurut kenyataan Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi memacu ECER ke hadapan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, ECERDC berkata penekanan diberikan kepada enam Inisiatif strategik iaitu meningkatkan produktiviti pekerja; mempelbagaikan asas ekonomi; memudah cara ekonomi skala; menggerakkan tenaga kerja; memanfaatkan kesalinghubungan serta menambah baik infrastruktur pengupaya seperti jalur lebar bagi teknologi maklumat dan komunikasi.

“EMP2.0 akan memacu lonjakan seterusnya pembangunan sosioekonomi ECER dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

“Melalui penyampaian projek dan program berimpak tinggi, rakyat akan terus menerima manfaat melalui peluang inklusif dan saksama untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan di wilayah ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini