Pelajar tingkatan empat maut - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 10 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Restoran Bangkok di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Mohd. Azmi, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu seorang diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC yang tunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas dengan mangsa tercampak ke penghadang jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini