Pelajar SMK Sultan Ismail 2 maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pelajar SMK Sultan Ismail 2 maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 di sini maut selepas motosikal Yahama LC yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Dato’ Ibrahim Fikri, Chukai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Abdul Rahman Mohd. Azmi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Abdul Rahman dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mak Chili Paya di sini dari bandar Chukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dan terseret sejauh beberapa meter.

“Remaja itu kemudiannya tercampak sejauh beberapa meter lalu mengenai penghadang jalan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, mayat remaja lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini