Pegawai diplomat AS ke Sudan minggu ini, suraikan demontrasi - Utusan Malaysia

Pegawai diplomat AS ke Sudan minggu ini, suraikan demontrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 11 Jun – Pegawai diplomat Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua anggota kepimpinan tentera dan pemimpin penunjuk perasaan Sudan, di Khartoum sebagai menghentikan perbalahan antara kedua-dua pihak yang meNyaksikan ratusan penduduk maut dalam ‘pertempuran’ itu, sejak minggu lalu.

AFP yang memetik Jabatan Negara AS sebagai berkata, Penolong Setiausaha AS bagi Hal Ehwal Afrika, Tobor Nagy dijadualkan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua blok pemimpin pada minggu ini.

“Rabu ini, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Ethipio berhubung krisis Sudan dengan kuasa serantau dan keanggotaan di Kesatuan Afrika dalam lawatannya ke negara itu sebelum ke Sudan,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan di sini semalam. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini