Patung manusia naga ditemukan - Utusan Malaysia

Patung manusia naga ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA BARAT 4 Jun – Seorang penduduk di Jorong Pulai, Nagari Sitiung, daerah Dharmasraya dekat sini menemukan patung di Sungai Batang yang dipercayai berasal dari warisan kerajaan Adityawarman.

Republika melaporkan, pe­nemuan itu bermula apabila penduduk berkenaan, Marzuki, menangkap ikan di sungai tersebut baru-baru ini.

Patung itu tersangkut pada pukat miliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Patung besi yang mempu­nyai nilai sejarah itu berbentuk patung Buddha berbadan naga atau patung naga dengan panjang kira-kira 75 sentimeter dan seberat 2.5 kilogram.

Menurut Marzuki, patung itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk kepen­tingan kebudayaan dan wari­san.

“Patung dengan setengah badan manusia dan setengah naga berkaki itu dipercayai diperbuat daripada emas,” katanya.

Terdahulu, Ketua Jabatan Kebudayaan, Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Sutan Henri berkata, pihaknya telah mene­rima laporan mengenai penemuan objek bersejarah itu.

Beliau memberitahu, pene­muan tersebut bukannya kali pertama kerana sepanjang ali­ran sungai itu menyimpan ba­nyak sisi sejarah.

“Penemuan ini adalah kali kedua. Sama ada patung tersebut adalah warisan Adit­yawarman atau sebaliknya, bergantung kepada kajian selanjutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini