JAKARTA 21 Jun – Pasukan undang-undang Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno didakwa gagal mengemukakan bukti tuduhan berlakunya penipuan terancang, sistematik dan besar-besaran berhubung keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) 2019 dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan (MK) semalam.
Detik News melaporkan, hal itu dimaklumkan oleh ketua pasukan undang-undang Joko Widodo (Jokwoi) dan Ma’ruf Amin iaitu Yusril Ihza Mahendra sebelum sesi perbicaraan bermula.
“Pasukan undang-undang kami gagal mengemukakan bukti bahawa berlakunya penipuan dalam keputusan Pilpres yang lalu,” katanya.
Dalam sesi perbicaraan ketiga pertikaian keputusan Pilpres 2019, pasukan undang-undang Prabowo-Sandiaga menyediakan 15 saksi, namun tiada seorang daripada mereka membuktikan berlaku penipuan. – AGENSI











