Pasaran getah ditutup rendah empat hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Pasaran getah ditutup rendah empat hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini bagi empat hari berturut-turut berikutan kurangnya pemangkin baharu dalam pasaran dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Bagaimanapun, beliau berkata, penurunan itu dihadkan oleh pengukuhan pasaran saham China berikutan berita positif mengenai perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Presiden AS, Donald Trump dalam ciapan Twitternya pada Selasa berkata, perbualan telefonnya dengan Presiden China, Xi Jinping berjalan dengan baik dan memberitahu mereka berdua berkemungkinan akan mengadakan mesyuarat lanjutan semasa mesyuarat G-20 di Osaka, Jepun, minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ciapan beliau mengenai kemungkinan pertemuannya dengan Jinping menghidupkan kembali harapan bahawa kedua-dua negara tersebut dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan pertikaian mereka yang semakin buruk.

Peniaga itu juga berkata, para pelabur memantau dengan teliti hasil mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS yang sedang berlangsung.

“Rizab Persekutuan AS menjadi tumpuan utama sekarang, ia dijadualkan mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai keputusan mengenai kadar faedah. Rizab Persekutuan AS dijangkakan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat tersebut, walaupun para pelabur akan memantau sebarang petunjuk mengenai potongan kadar faedah kemudian pada tahun ini,” katanya.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 0.5 sen kepada 625.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 1.0 sen kepada 494 sen sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 berkurangan 13 sen kepada 616.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun satu 4.5 sen kepada 491.5 sen sekilogram. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini