KANGAR – Kerjasama Pas dan UMNO bukan sahaja tertumpu kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebaliknya turut sedia dengan sebarang kemungkinan membabitkan perkembangan politik semasa sebelum pilihan raya tersebut. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelbagai kemungkinan dijangka berlaku sebelum PRU-15 khususnya ketika proses peralihan kuasa Perdana Menteri antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan pihak yang hendak sangat menjadi…










