KUANTAN – Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menenggelamkan siasatan skandal projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu mendesak SPRM supaya bertindak segera bagi menyiasat berhubung skandal projek berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini kerana timbul polemik dalam isu dan kita gesa SPRM supaya tidak menenggelam isu ini.
“Kita harap SPRM bertindak segera, jangan buat apa yang mereka buat sebelum ini kepada pihak tertentu iaitu pendakwaan terpilih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











