Papua New Guinea kerah askar - Utusan Malaysia

Papua New Guinea kerah askar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOKOPO, Papua New Guinea – Pasukan tentera dihantar untuk membantu beribu-ribu penduduk yang menjadi melarikan diri akibat letusan gunung berapi di sebuah kepulauan di pedalaman Papua New Guinea, kata Perdana Menteri, James Marape semalam selepas letupan kedua berlaku.

Abu dan lahar yang mengalir dari Gunung Ulawun telah berkurangan, namun, masih terdapat antara 7,000 hingga 13,000 penduduk menjadi pelarian, manakala darurat bencana diisytiharkan.

Gunung berapi itu adalah antara yang paling berbahaya di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan mengerahkan pasukan tentera untuk menilai keadaan di sana dan menghulurkan bantuan.

“Gabenor telah berada di kawasan bencana dan sebaik sahaja saya mene­rima laporan beliau, kami akan melihat bagaimana kami dapat membantu,” kata Perdana Menteri, James Marape.

Wakil rakyat tempatan, Joseph Lelang berkata, seramai 13,000 orang menjadi pelarian dan 1,000 daripada mereka hilang tempat tinggal, manakala pegawai di Pejabat Ben­cana West New Britain, Leo Porikura memberitahu, bilangan mereka yang menjadi pelarian adalah kira-kira 7,000 orang.

“Fokus kami kini adalah untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat letusan gunung berapi,” kata Porikura.

Sementara itu, seorang pemantau di Pusat Pemerhatian Gunung Berapi­ Rabaul, Steven Saunders mengesahkan Gunung Ulawun menghamburkan letusan kecil pagi semalam.

Ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus menangani huru-hara yang disebabkan Gunung Ulawun, ahli-ahli vulkanologi melaporkan bahawa pulau gunung berapi ber­dekatan, Manam juga mula meletus.

Manam adalah salah sebuah gunung berapi Papua New Guinea yang pa­ling aktif dan letusan terakhir berlaku pada Januari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini