Palmeiras tak mampu pinjam Sanchez - Utusan Malaysia

Palmeiras tak mampu pinjam Sanchez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kelab Brazil, Palmeiras terpaksa menarik hasrat untuk meminjam Alexis Sanchez daripada Manchester United kerana tidak mampu membayar gaji penyerang Chile itu.

Menurut wartawan Brazil, Jorge Nicola, Palmeiras pada mulanya menawarkan untuk membayar sebahagian kecil daripada gaji pemain tersebut manakala bakinya dilunaskan oleh United, namun cadangan itu ditolak oleh Red Devils.

Palmeiras kemudian terpaksa melupakan seluruh idea untuk menggunakan khidmat pemain berusia 30 tahun itu selepas diberitahu gaji Sanchez adalah enam kali ganda lebih besar daripada bayaran yang dikeluarkan untuk pemain terbaik mereka ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isu gaji terlalu tinggi serta tidak setanding prestasi antara punca utama United gagal melepaskan Sanchez kepada pasukan lain dan perlu menunggu sehingga kontraknya di Old Trafford tamat pada 2022.

Difahamkan, bekas penyerang Barcelona dan Arsenal itu menikmati gaji 350,000 pound (RM1.85 juta) seminggu di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini