PORT DICKSON – Seramai tujuh individu termasuk tiga wanita berusia antara 50 tahun hingga 84 tahun ditahan pihak polis kerana bermain judi di tempat awam pada 25 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek ditahan semasa sedang berjudi di sebuah kedai kopi di Jalan Kampung Chuah Bakar Arang. “Sepasukan anggota polis menahan empat lelaki dan tiga perempuan terbabit dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang…










