PA tahan ahli perniagaan Palestin sertai persidangan ekonomi AS - Utusan Malaysia

PA tahan ahli perniagaan Palestin sertai persidangan ekonomi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT 30 Jun – Pihak berkuasa Palestin (PA) didakwa menahan seorang ahli perniagaan Palestin yang menghadiri persidangan ekonomi anjuran Amerika Syarikat (AS) di Bahrain baru-baru ini.

Al Jazeera melaporkan PA menahan Salah Abu Mayala iaitu seorang ahli perniagaan dari bandar Hebron.

Menurut sumber, PA membuat keputusan untuk menahan mana-mana penduduk Palestin yang menyertai persidangan tersebut yang diketuai oleh penasihat kanan Presiden Donald Trump iaitu Jared Kushner.

Memuatkan artikel berkaitan…

Barisan kepemimpinan Palestin memboikot persidangan tersebut dan mendesak supaya jalan penyelesaian politik diambil bagi mengakhiri konflik antara Israel dengan Palestin sebelum isu berkaitan ekonomi diketengahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini