Orang awam bantu tahan peragut - Utusan Malaysia

Orang awam bantu tahan peragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang peragut berjaya ditahan selepas meragut beg tangan seorang wanita warganegara China pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan pada pukul 9 malam berhubung kes berkenaan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun ditangkap oleh orang awam selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Habibi, ketika kejadian mangsa sedang melalui kawasan belakang perpustakaan lama, Jalan Gaya sebelum diragut dari arah belakang.

Tambahnya, suspek direman sehingga 14 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini