Orang Asli Kuala Koh: Terpaksa guna air tercemar - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Terpaksa guna air tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Lebih 200 masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir terpaksa menggunakan air sungai untuk keperluan harian dan meneruskan kehidupan walaupun mengetahui sungai itu berlaku pencemaran.

Seorang penduduk, Zeli Shahir Khan, 26, berkata, walaupun sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyediakan kemudahan tangki air bersih, namun ianya tidak berfungsi dan menjadi perhiasan di kampung mereka.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu bukan sahaja air sungai berdekatan dengan perkampungan mereka itu bertukar warna dan kotor, tetapi air tadahan mereka juga turut terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tiada pilihan lain dan terpaksa minum dan memasak menggunakan air itu kerana kedudukan kampung jauh untuk kami mendapatkan bekalan air minum yang bersih.

“Saya percaya keadaan air tercemar itu juga menyebabkan adik saya, Bella, 16, dan kakak, Shela, 29, meninggal dunia hampir sebulan lalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Inja Punai, 32, pula berkata, penduduk yang mati mengalami gejala yang sama apabila mengalami demam, tubuh badan lemah dan sakit kepala sehingga mata kemerahan. 

Katanya, mengikut adat Orang Asli sekiranya berlaku kematian mereka harus meninggalkan kampung kerana bimbang ‘sial’ bakal terkena mereka.

“Setiap hari saya melihat terdapat penduduk yang sakit sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

“Kami tidak membuat tuduhan tetapi mengesyaki nasib yang menimpa penduduk kampung disebabkan sumber air kami telah tercemar oleh sisa kimia syarikat lombong bijih yang beroperasi kira-kira sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini kawasan kami sudah diancam dengan pembukaan ladang kelapa sawit sehingga punca air sungai ditimbus tanah, namun tidaklah seteruk ini apabila melibatkan ramai kehilangan nyawa,” katanya. – K! ONLINE

Orang Asli terpaksa memasak menggunakan air Sungai Pertang yang terletak berhampiran Kampung Kuala K
Orang Asli terpaksa memasak menggunakan air Sungai Pertang yang terletak berhampiran Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini