Orang Asli Kuala Koh: Kesedaran mengenai suntikan vaksin masih rendah - Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Kesedaran mengenai suntikan vaksin masih rendah – Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin imunisasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini masih rendah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata antara puncanya ialah kurang ilmu pengetahuan mengenai kepentingan mengambil suntikan serta cara hidup mereka yang kerap berpindah-randah sehingga menyebabkan pegawai kesihatan sukar memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kaum minoriti itu.

“Jadi, Kementerian Kesihatan bersama-sama Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) akan melakukan pelbagai cara untuk memujuk Orang Asli supaya menerima suntikan vaksin bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap masyarakat Orang Asli mengambil berat kesihatan mereka dan mengambil iktibar apa yang terjadi terhadap penduduk Orang Asli di Kuala Koh di Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra pemimpin bersama masyarakat Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini, hari ini.- Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini