Orang Asli Kuala Koh: Kawasan kampung diklasifikasikan Zon Merah - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Kawasan kampung diklasifikasikan Zon Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kawasan Kampung Kuala Koh di sini diklasifikasikan sebagai Zon Merah selepas agensi-agensi lain termasuk petugas media tidak dibenarkan masuk bermula pagi tadi.

Menurut sumber, arahan tersebut dikeluarkan bermula pagi ini dan hanya petugas-petugas khas terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Forensik sahaja dibenarkan masuk ke lokasi berkenaan.

Difahamkan, pasukan petugas khas tersebut memulakan operasi bermula pukul 8 pagi bagi tugas mengesan dan menggali kubur 12 mayat Orang Asli suku kaum Batek yang meninggal dunia secara mengejut sejak 2 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! hari ini melaporkan pihak polis sudah mendapat maklumat awal mengenai lokasi lapan mayat yang ditanam di radius tiga kilometer dari khemah yang didirikan oleh penduduk Orang Asli suku kaum Batek.

Empat lagi mayat pula dikebumikan di Hulu Sungai Lebir.

Kesemua 12 mayat tersebut terpaksa digali semula untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini