Ops Dadu:13 ditahan termasuk warga Nigeria, Indonesia, Bangladesh - Utusan Malaysia

Ops Dadu:13 ditahan termasuk warga Nigeria, Indonesia, Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seramai 13 ditahan ditahan menerusi serbuan di 16 premis sekitar daerah ini menerusi Ops Dadu bermula 19 Jun hingga semalam.

Mereka yang ditahan itu termasuk tiga warganegara asing dari Nigeria, Indonesia dan Bangladesh yang bekerja di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan mendapati pekerja warga Nigeria itu datang ke negara ini dengan menggunanakan pas pelajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki itu mengaku sebagai pekerja sambilan dan datang ke Malaysia menggunakan pas pelajar. Kami kini menjalankan siasatan sama ada dia benar-benar penuntut di kolej swasta yang dimaksudkan atau tidak.

“Selain itu, kami menahan dua warga Indonesia dan Bangladesh kerana bekerja di premis perjudian haram itu. Operasi adalah hasil maklumat orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya juga merampas pelbagai peralatan digunakan dipercayai untuk kegiatan perjudian termasuk telefon bimbit, wang tunai dan pencetak resit yang digunakan untuk aktiviti perjudian.

Menurutnya, bermula Januari lalu hingga semalam, pihaknya memeriksa sebanyak 2,979 premis dan sebanyak 121 dikenal pasti terbabit dalam aktiviti perjudian atas talian dan catitan nombor haram.

Katanya, menerusi serbuan itu pihaknya menahan seramai 275 orang, merampas pelbagai peralatan digunakan untuk perjudian dan wang tunai berjumlah RM128,417 dan SD 7,030 serta peralatan perjudian.

“Pada masa sama, kami menahan 275 orang berusia 19 hingga 65 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi loteri awam haram), Seksyen 4B (a) akta sama (judi dalam talian/telefon bimbit), Seksyen 7 (2) akta sama (judi tempat bebas), Seksyen 6 (1) akta sama (judi dalam bangunan), Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (judi catit taruh haram) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

“Bagi memastikan premis itu tidak lagi beroperasi, kami mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) untuk memotong bekalan elektrik 52 premis yang digunakan untuk kegiatan perjudian itu,” katanya.

Dalam tempoh itu katanya, pihak polis dapati mereka tidak lagi tertumpu pada perjudian atas talian sebaliknya menjalankan perjudian nombor ekor haram di premis seperti kedai kopi, telekomunikasi dan peralatan sembahyang.

Berikutan itu, katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu polis melumpuhkan aktiviti perjudian di Iskandar Puteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini