KUALA LUMPUR – Hari ketiga Op Selamat 15 menyaksikan sebanyak 14 individu maut menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan maut meningkat kepada 49 orang daripada 35 orang semalam. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah keseluruhan kemalangan maut juga meningkat daripada 30 kes kepada 44 kes. “Menerusi statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Sarawak dan Perak mencatatkan…










