Op Selamat 15 : 100 kes kemalangan maut dicatatkan - Utusan Malaysia

Op Selamat 15 : 100 kes kemalangan maut dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angka kemalangan maut terus meningkat apabila sebanyak 100 kes dilaporkan dalam tempoh enam hari Op Selamat ke-15 bermula pada 29 Mei lalu sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16 lagi kematian dicatatkan menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini adalah 106 orang.

Ujarnya, Selangor terus mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 17 orang diikuti Johor (14); Kedah (11) ; Sarawak dan Perak (masing-masing 10); Kelantan (8) dan Pahang serta Sabah (masing-masing 7).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, di Kelantan sebanyak enam kematian dicatatkan diikuti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (masing-masing 5) ; Terengganu (4), Melaka (2) dan Kuala Lumpur pula seorang.

“Sepanjang tempoh ini juga, sebanyak 146,408 saman telah dikeluarkan membabitkan 1,898 operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asmawati memberitahu, sebanyak 252 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara dengan 155 kejadian melibatkan kediaman.

Sebelum ini, sebanyak enam kesalahan utama akan ditumpukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang Op Selamat 15 bermula 29 Mei lalu sehingga 12 Jun depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini