Op Samseng Jalanan: 140 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Samseng Jalanan: 140 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 140 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap penunggang motosikal menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga), dekat sini, tengah malam tadi.

Operasi bermula pada pukul 12 tengah malam itu diketuai Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Samsudin bersama lima pegawai dan 63 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang dengan kerjasama pelbagai cawangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 110 individu dan 101 motosikal telah diperiksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut menjalankan ujian awal saringan air kencing terhadap 12 individu dalam operasi itu, namun kesemua mereka didapati negatif dadah.

“Selain itu, kita juga menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti samseng jalanan boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kajang di talian 03-87331724.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini