KOTA TINGGI – Polis Daerah Kota Tinggi melakukan sebanyak 18 serbuan bagi mengatasi gejala kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak 1 Januari hingga kelmarin. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menahan seramai 37 tekong dan 336 PATI. Menurut beliau, kesemua pihak yang ditahan itu telah pun dituduh di Mahkamah Kota Tinggi. “Sejak 1 Januari tahun ini, polis telah memulakan Op PATI yang melibatkan penyeludupan keluar…










