BESUT – Seorang nenek melalui detik cemas dengan sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan empat cucunya dalam kebakaran di Kampung Amer dekat sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, Siti Minah Bakar, 58, sedang solat zuhur dan dia tersentak dengan satu letupan dari arah bilik tidur anaknya yang ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Pada waktu itu, cucu bongsunya berusia enam bulan sedang tidur dalam buaian, seorang…










