Nasib papan tanda bahasa Mandarin di Tanjung Sepat minggu hadapan - Utusan Malaysia

Nasib papan tanda bahasa Mandarin di Tanjung Sepat minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diturunkan atau tidak akan diumumkan minggu hadapan, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Katanya isu mengenai papan tanda berkenaan yang menjadi hangat sejak minggu lepas telah dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)  pada Rabu lepas.

“Saya akan umum nanti, kita sudah buat keputusan dalam MMKN, tetapi kita harus menetapkan dan memutuskan minit tersebut terlebih dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai perkara ini, dan Inshaallah keputusannya akan diumum minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bridge of Dreams di Eco Grandeur di sini. 

Turut hadir Pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Papan tanda itu menjadi isu apabila ia memaparkan tulisan bahasa Mandarin dan Sultan Sharafuddin pada November tahun lepas menitahkan supaya ia diturunkan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini