Nampak gayanya melepaslah Anwar - Tajuddin - Utusan Malaysia

Nampak gayanya melepaslah Anwar – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Penegasan sekali lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kali ini tempoh berbuat demikian dinyatakan dalam tiga tahun menunjukkan petanda “ada calon lain akan diangkat sebagai PM ke-8”.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jaminan dengan ‘tempoh masa baharu’ itu terang-terang bertentangan dengan tempoh dua tahun dalam perjanjian dipersetujui parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Tempoh dua tahun peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Anwar sudah berada dalam kamus PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini (berubah ke tiga tahun) suatu perkara baharu, namun ia tidak mengejutkan kerana semua orang kata ada tanda-tanda beliau (Dr. Mahathir) tidak akan bagi (jawatan PM) kepada Anwar.

“Nampak gayanya melepaslah Anwar,” kata Tajuddin kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tajuddin berkata, kalau alasan Dr. Mahathir bahawa tempoh dua tahun itu diubah ke tiga tahun kerana untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah kewangan dan ekonomi negara, adakah terdapat jaminan isu itu boleh diselesailan dalam dua tahun berbaki ini?

“Katakanlah betul alasan beliau, tapi ada jaminankah masalah kewangan negara boleh selesai dalam tiga tahun?

“Kalau tak selesai, tambah lagi empat, lima tahun lagi.

“Ingat kecilkah kerosakan yang telah dilakukan oleh PH dalam setahun dua bulan berkuasa ini. Pelabur asing menarik diri keluar, kejatuhan saham berbilion ringgit, berjuta rakyat menderita kerana kejatuhan harga sawit dan getah, berapa ramai telah dibuang kerja, jadi macam mana kerosakan ini boleh diperbaiki?

“Banyak pakar ekonomi mengatakan kerosakannya begitu besar sekali. Nak baiki kerosakan dalam setahun PH berkuasa ini ambil masa lima hingga 10 tahun,” kata beliau.

Penegasan pendirian Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh tiga tahun dinyatakan beliau dalam sesi temubual bersama wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini