MENYAMBUT Aidilfitri sebagai artis popular pastinya memberi pengalaman cukup berbeza buat tiga penyanyi muda berbakat besar dalam industri, Afieq Shazwan, Tajul Arif dan Haqiem Rusli. Ketika nama sedang meniti populariti, kedatangan bulan mulia tahun ini juga digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, sekali gus melupakan seketika kesibukan bekerja sejak awal tahun. Teruja dengan kedatangan Lebaran tahun ini, Haqiem, Tajul dan Afieq berkongsi rona ceria melewati pencapaian karier…










