SEBAGAI seorang bapa kepada lima cahaya mata, tanggungjawab yang dipikul oleh lelaki berusia 55 tahun itu cukup besar. Zainuar Hassan perlu memastikan segala keperluan harian asas keluarganya mencukupi dan tinggal di rumah yang selesa. Selama ini, Zainuar menyara keluarganya hasil daripada bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat binaan di Kuala Lumpur. Dua tahun lalu, syarikat tempat Zainuar bekerja terpaksa ditutup disebabkan kekurangan projek ekoran daripada kelembapan ekonomi negara ketika…










