Mustapha Kamal dari ‘jurujual kereta’ ke jawatan CEO - Utusan Malaysia

Mustapha Kamal dari ‘jurujual kereta’ ke jawatan CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Berlakon dalam sesebuah filem atau drama sudah pasti ada watak tertentu yang meninggalkan ‘bekas’ dalam minda penonton.

Seorang pemilik akaun Twitter @hilmyhalimuman berkongsi kisahnya mengenai pelakon Mustapha Kamal yang berlakon sebagai ‘jurujual kereta’ sehingga berjaya menjadi ‘ketua pegawai eksekutif (CEO)’ syarikat.

Apa yang menariknya pemilik akaun Twitter itu mengaitkan filem dan drama yang dilakonkan oleh artis veteran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bermula dari bawah sebagai ‘jurujual kereta’ dan sekarang menjadi ‘CEO’ sebuah syarikat besar dalam drama Melayu,” katanya menerusi status dalam akaun Twitter miliknya.

Status tersebut mendapat lebih 9,000 ciapan dan 6,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Menurut hilmy lagi, artis itu juga satu-satunya anak Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan perkara itu tidak boleh dinafikan.

Bagaimanapun Hilmy bersyukur kerana statusnya itu mendapat perhatian pengikutnya.

“Sebabkan ‘tweet’ ni telah ‘unexpectedly’ meletup-letup, telah menjadi lumrah untuk seorang yang bukan ‘tweetfemes’ macam aku ini untuk ‘promote something’.

“Tapi aku ini tak ada benda apa pun nak ‘promote’ cuma nak minta korang doakan rezeki seluruh keluarga aku dipermudah dan sentiasa didatangkan kebahagiaan,” katanya.

Kenyataan itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang memberi ‘tambahan’ watak Mustapha dalam lakonannya sebelum ini.

“Tapi sebelum dia (Mustapha) jadi ‘car salesman’, dia seorang mekanik dan mempunyai seorang adik yang terencat akal (Filem Adik terbitan tahun 1990),” balas @THATPSYCHOHEAD3.

Seorang lagi pengikut Hilmy turut memuji lakonan Mustapha yang disifatkan sesuai membawa watak ‘orang kaya’.

“Wajah dia (Mustapha) ini memang sesuai jadi datuk-datuk (gelaran bagi penerima darjah kebesaran negeri) main golf, minum air lemon, cakap tentang company (syarikat) dan nak nikahkan anak from overseas (dari luar negara),” balas @NizamAhmadDaud.

Sememangnya, kemunculan setiap pelakon termasuk Mustapha pasti memberi kesan kepada peminatnya, bukan sahaja dari segi jalan cerita tapi watak yang dihayati akan diingati penonton. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini