PERUBATAN tradisional Cina merupakan satu kaedah rawatan purba yang telah wujud sejak ribuan tahun lalu. Berasal dari negara China, amalan perubatan ini termasuklah rawatan menggunakan ubat herba, akupunktur dan lain-lain lagi. Penghijrahan masyarakat Cina ke Tanah Melayu juga telah membawa bersama amalan perubatan tersebut ke negara ini. Salah satu perubatan tradisional tertua yang telah membentuk legasi di Malaysia ialah kaedah rawatan daripada keluarga Yap Chan Kor yang merawat kesakitan otot…










